Selasa, 19 Oktober 2010

Tazkirah

Perkara-perkara Yang MEMBATALKAN KEISLAMAN seseorang MUSLIM

oleh  Koleksi Tazkhirah Di FB pada Khamis, Oktober 14, 2010 Pukul 2:58pm
Kata ‘batal’ dalam bahasa Arab dikenali dengan istilah <span>an-nawaaqidh.</span> Datangya dari kata jamak naaqidh yang membawa maskud merosak sesuatu yang bagus

Secara dasar utama terdapat sepuluh hal yang boleh membatalkan keislaman seseorang.

1. Syirik; (Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)Syirik membawa maksud  ‘menyamakan selain-NYA dengan Allah dalam hal-hal yang menjadi kekhususan Allah
Lantaran syirik adalah batil yang paling batil, kezaliman yang paling zalim, maksiat yang paling keji kerana menyamakan makhluk yang bersifat pinjaman dan lemah dengan Khaliq yang maha sempurna dari segala sisi.

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Maa-idah:72)

2. Menjadikan makhluk tertentu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah; Umpamanya berdoa/memohon syafaat serta bertawakal kepada perantara tersebut. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Berwaspadalah kita dengan hal yang kedua ini. Para ulama bersepakat bahawa hal sedemikian disebut kekufuran. Amatlah bahaya bagi umat Islam yang kekurangan pengetahuan rendah. Seperti meyakini bomoh, meyakini sesama makhluk. Kita dituntut berikhtiar tetapi tidak boleh memutuskan terhadap konsep tauhid. Manusia sendiri terbatas dan yang mengizinkan dan menyembuhkan tetaplah Allah yang maha berkuasa.

Antara Allah dan makhluknya tidak ada perantara, sebab itulah kita boleh sahaja terus berdoa memohon kepadaNYA. Ingatlah barangsiapa yang mengadakan perantara antara dirinya dengan Allah dalam memperoleh manafaat dan menolak mudharat; baik perantara itu berupa malaikat, nabi, kuburan, mahupun yang lainnya, mempersembahkan sembelihan, bertawakal kepada selain-NYA, maka telah jatuh kepada kufur.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik. Begitu pula meragukan kekafiran mereka atau membenarkan pendapat mereka, barangsiapa yang melakukan hal tersebut maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Keislaman seseorang tidak sempurna selama mana dia belum mengkafirkan orang-orang musyrik. Jika ragu dan bimbang atau berkata ”Tidak ada masalah dengan mereka” setelah adanya kejelasan mengenai kekafiran mereka, maka dia termasuk kafir seperti mereka.

Masalah ini kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang yang mengaku bersyahadah. Ada yang terjerumus tanpa disedari. Ada yang tidak mengkafirkan orang yang terjerumus ke dalamnya sehingga dia menjadi sama sepertinya, jika telah dikemukakan hujah kepadanya.

Termasuk kategori membenarkan pendapat mereka, setiap orang yang menilai baik sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik dari Yahudi, Nasrani, Sosialisme, Sekularisme, mahupun kelompok kafir dan sesat lainnya.

4. Berkeyakinan bahawa selain petunjuk Allah melalui Rasulullah saw adalah lebih sempurna. Atau hukum selain hukum Allah lebih baik. Contohnya adalah orang yang lebih mengutamakan hukum taghut daripada hukum yang allah tetapkan maka dia adalah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Perhatikan dan kaji apa yang menimpa orang-orang yang menolak hukum Allah dan Rasul-NYA. Memilih hukum buatan manusia yang penuh kekurangan, segalanya tidak dapat memberi manafaat kepada sirinya sendiri apalagi orang lain, dan tidak juga boleh mencegah mudharat, musibah, siksaan, kekacauan, kezaliman dan ketidakamanan.

5. Membenci sesuatu yang dibawa Rasulullah saw sekalipun dia mengamalkannya. Barangsiapa yang melakukan maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Keadaan ini termasuk dalam satu kemunafikan i’tiqadi (keyakinan). Barangsiapa membenci sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah saw, apalagi membenci Al-Quran, misalnya membenci amal maaruf nahi mungkar, atau membenci orang yang menegakkannya ataupun yang lain yang diperintahkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka dia telah kafir.


6. Mengolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw, pahala atau azab Allah. Orang yang melakukan ini dihukum kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
” Katakanlah ”Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYA, RasulNYA kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu beralasan (minta maaf) kerana kamu telah kafir sesudah beriman..” ( At-Taubah: 65-66)

Melalui Fathul Majiid; Abdurrahman Bin Hasan merakamkan ”Orang yang bercanda dengan hal itu (sesuatu yang disebutkan di dalamnya nama Allah, al-Quran, Rasulullah saw), maka dia telah kafir.

Jangan sekali-kali meremehkan atau membuat bahan lawak atau bergurau dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.



7. Sihir. Di antaranya adalah ash-sharf (guna-guna untuk memalingkan seseorang dari sesuatu) dan al-’athf (guna-guna untuk menarik sesuatu). Barang siapa yang melakukan hal tersebut atau menyetujuinya, maka dia telah kafir. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Dalam bahasa Arab sihir disebut as-sihr, sifatnya terjadi secara rahsia (sembunyi-sembunyi) pada akhir malam.
Ash-sharf – memalingkan seseorang dari apa yang dicintainya.
Al-Athf – berusaha menarik hati seseorang mencintai sesuatu dengan cara syaitan.

Apa pun kaedah yang digunakan dalam kehidupan selama mana menggunakan unsur sihir maka akan membatalkan akidah.

”Dan mereka itu (para tukang sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah (Al-Baqarah; 102)

8. Memberi sokongan dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Siapa sahaja di kalangan orang yang bersyahadah memberi bantuan dan sokongan kepada kaum musyrik untuk melawan kaum muslimin, maka dia telah kafir. Lazimnya lahir dari kemunafikan iaitu lahiriahnya nampak baik, batinnya sangat buruk atau dari orang yang tidak memahami agama dengan sebaik-baiknya.
Justeru timbul di dalam hatinya kedengkian dan permusuhan terhadap kaum muslimin serta kecintaan kepada musuh-musuh Islam.

Hal ini tidak akan terjadi kepada seorang mukmin yang memiliki iman, ilmu, dan kecintaan kepada Islam.

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian orang boleh tidak mengikuti syariat Muhammad saw. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Meyakini perkara di atas, atau sudah tidak memerlukannya lagi atau menyarankan untuk keluar darinya, maka jelas keislaman telah terlepas dari dirinya.

Hal demikian banyak berlaku kepada sufi ekstrim dan yang seangkatan dengannya. Terpedaya dengan tipu muslihat syaitan, yang mana menganggap diri telah sampai kepada tahap ilmu dan ma’rifat untuk keluar dari syariat sehingga semua kewajipan telah gugur darinya. Perbuatan ini jelas kufur dan terkeluara dari ajaran Islam.

Ingatlah kita semua tidak akan lebih daripada Rasulullah saw. Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam kitab ”Wasiat Kerohanian’ ; ”apa yang diharamkan ke atas Muhammad saw maka haramlah ke atas kami, apa yang dihalalkan ke atas Muhammad saw maka halallah ke atas kami kerana kami tidak akan lebih mulia daripada Muhammad saw”

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mahu mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdoa” (As-Sajdah;22)

Yang dimaksudkan berpaling dari agama Allah ialah menolak hal-hal yang wajib bagi setiap orang untuk mempelajari dan mengamalkannya, iaitu mengetahui ushuluddin (poko-pokok agama) dan hal-hal yang harus diketahui oleh setiap muslim.

Banyak orang-orang yang menolak mempelajari hal-hal seputar agama yang diwajibkan bagi mereka dan mengamalkannya, baik secara lahir dan batin. Akibatnya ada yang terjerumus ke dalam syirik besar, kekufuran, kemunafikan, bahkan ditambah dengan hal-hal haram lainnya, sementara dia tidak menyedarinya.

Akhirnya sentiasalah memohon hidayah dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada Allah swt bagi diri kita sendiri, keluarga, saudara-saudara, sahabat-sahabat dan semua kaum muslimin. Sesungguhnya kita semua tiada daya dan upaya melainkan segalanya atas keizinanNYA dan hanya milik Allah Yang maha tinggi lagi maha agung.   .         

Madah

ISLAM is beautiful
ISLAM is perfect without a doubt
ISLAM is the perfect ideology and no one and only true religion
And I SAY I LOVE ISLAM

Peringatan Dan Doa Untuk Hari Ini

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Kami tidak pernah mengetahui penyelesaian untuk dua orang yang
saling mencintai semisal pernikahan.”
(HR. Ibnu Majah no. 1920. Dikatakan sohih oleh Syaikh Al Albani)


Ya Allah...
Ya Hayyu  Ya Qayyum
jadikan pernikahan hamba nanti
karena mencari redhaMu
mudahkanlah urusannya..
kurniakanlah
isteri yg solehah dan anak2 yg sholeh
dan redhailah keluarga kami kelak


O Allah
Ya Rab Al-Amin
Forgive us for everything
Every single Muslim
Dead or alive
...O my Lord always protect us from Your wrath take our hand on Your straight Path
Bestow Your Mercy upon us the day we'll be carried on a lath
There's no God but Allah

 
 

Munajatku

Duhai ke mana air mata...
di penghujung malam... 
meratapi dhoifnya diri.. 
menangisi dosa2 diri.. 
bersimpuh memohon ampunan Allah.. 
memohon kurniaan hati yang lembut.. 
dan dijauhkan dari kecintaan dunia ...

Isnin, 18 Oktober 2010

Peringatan Untuk Umat Ini

Ramai orang yang menyangka sunnah itu sunat sedangkan sunnah itu ada yang wajib, mustahab, sunat muakkad, sunat dan harus. Kerana rosaknya umat ini, ramai yang meremehkan amalan-amalan sunnah.
Ada yang memerli kepada orang yang mengamalkan sunnah  bahkan memandang hina kepada orang yang cuba mengamalkan sunnah. Mereka tidak sedar bahawa bahayanya perbuatan mereka merendah-rendahkan amalan sunnah menyebabkan terbatalnya syahadah. Perkara yang terbaik adalah mendiamkan diri sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu hukum agama yang terdapat khilaf padanya.
      Ulama' yang baik akan menggalakkan orang awam untuk mengamalkan sunnah tetapi ulama' yang jahat akan memberi fatwa yang bersesuaian dengan kehendak pemerintah. Berapa ramai ulama' yang meringankan sesuatu hukum tanpa berlakunya darurat .
      Rukhsah boleh diamalkan pada perkara-perkara tertentu yang mana terdapat dalil kuat yang menyokongnya. Tetapi apa yang berlaku mereka memberi rukhsah bersesuaian dengan kehendak pemerintah atas nama kemajuan dan kemodenan. Semua pebuatan mereka dianggap bersesuaian dengan peredaran zaman manakala hukum-hukum agama kebanyakan tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman ini. Inilah fitnah paling besar iaitu ramainya ulama' suu' yang memutar belitkan hukum agama untuk kepentingan duniawi. Semoga Allah Taa'la melindungi kita semua dari fitnah ini. Aamiin.