Diambil dari blog Mesra Rakyat
September 9, 2010
September 9, 2010
Tahniah kepada anda yang bertolak ansur untuk pulang ke kampung, sesungguhnya Allah pasti akan memudahkan perjalanan permusafiran anda pulang ke kampung hasil keberkatan anda bertolak ansur kepada pasangan di ambang Syawal.
Tidak kurang yang tidak segan untuk berdampingan dengan keluarga mertua di kampung halaman untuk memperbaiki hubungan dan menggembirakan pasangannya, Allah pasti memberkati sifat-sifat yang mahmudah ini kerana mereka arif dan faham tentang silaturrahim yang disebutkan samada di dalam AlQuran dan AlHadith.
Beberapa hari sebelum Syawal…
Sudah ramai orang pulang ke kampung, sudah ramai orang yang berpusu-pusu keluar dari kota menuju ke kampung halaman dengan harapan yang pelbagai. Tetapi tahukah kamu, berapa ramai yang musafir tetapi SOLATnya telah tergadai???
Kita semua maklum kesesakan itu sesuatu benda yang pasti, tetapi apabila berhadapan dengan waktu untuk bersolat, adakah kita berhenti sekejap untuk bersolat? Adakah kita berehat di tempat yang disediakan untuk solat? Adakah kita seorang yang hebat mampu bersolat di mana-mana pun ketika bermusafir? Adakah kita sanggup melakukan solat menghormati waktu dalam keadaan orang ramai yang menyaksikan perlakuan kita? Adakah kita sanggup lakukan solat sewaktu di dalam keadaan atau dalam keadaan duduk?
Soalan-soalan itu ada yang ‘kena’ pada kita. Sepatutnya kita jujur tentang soalan muhasabah seperti yang disebutkan di atas.
Kita selalu sebut solat tiang agama tetapi kita pula yang meninggalkannya ketika musafir ke kampung halaman dengan pelbagai alasan. Antara alasan-alasan yang biasa disebutkan :
- “alah, sekali aje tinggalkan solat” (solat yang dulu confirm ALlah terima ka?)
- “baju kotor la ustaz” (padahal tiada kesan kekotoran).
- “ala terlupa pula (bagi yang buat-buat lupa).
- “takpa nanti sampai rumah qadhak lah..” (stail qadhak)
- “orang ramai la ustaz, malu la” (malu tak bertempat)
- “sampai rumah jamak la! ” (kena jelas tentang soal jawab jamak solat)
dan pelbagai alasan yang kita reka demi melepaskan diri melakukan solat.
Sewaktu tiba di Maghribi, benda yang menarik minat saya ialah muslimat mendirikan solat di padang rumput ketika peperiksaan dijalankan. Sebenarnya sebahagian kita pelik, dimana telekungnya? Sedangkan kita lupa syarat sah solat adalah menutup aurat walaupun muslimat tersebut solat tanpa bertelekung tetapi sempurna syarat sahnya.
Itupun perkara yang selalu sama-sama kita ingatkan agar bersolatlah dimana-mana anda berada. Yang penting tempat solat anda bersih dan suci dari najis,bukan solat di laluan orang lalu lalang dan sebagainya. (kena beli buku soal remeh temeh tentang solat 1 & 2 sebagai pembacaan tambahan)
Akhir kata, janganlah kerana musafir ke kampung halaman kita sanggup MENGGADAIKAN SOLAT. Patutlah Nabi sebut seperti yang diriwayatkan dalam hadith Muslim “Beza antara mukmin dan kafir ialah MENINGGALKAN SOLAT”.
Mudah-mudahan ALlah pilih kita antara orang-orang yang benar-benar sensitif dan berwaspada dengan ancaman Allah dan Baginda tentang solat di dalam AlQuran dan AlHadith.
Wallahu’alam
29 Ramadhan 1431H

Categories: Dakwah jangan malu bersolat, kesalahan di dalam solat, Mari solat, musafir, musafir tidak solat, solat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan