Ramai orang yang menyangka sunnah itu sunat sedangkan sunnah itu ada yang wajib, mustahab, sunat muakkad, sunat dan harus. Kerana rosaknya umat ini, ramai yang meremehkan amalan-amalan sunnah.
Ada yang memerli kepada orang yang mengamalkan sunnah bahkan memandang hina kepada orang yang cuba mengamalkan sunnah. Mereka tidak sedar bahawa bahayanya perbuatan mereka merendah-rendahkan amalan sunnah menyebabkan terbatalnya syahadah. Perkara yang terbaik adalah mendiamkan diri sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu hukum agama yang terdapat khilaf padanya.
Ulama' yang baik akan menggalakkan orang awam untuk mengamalkan sunnah tetapi ulama' yang jahat akan memberi fatwa yang bersesuaian dengan kehendak pemerintah. Berapa ramai ulama' yang meringankan sesuatu hukum tanpa berlakunya darurat .
Rukhsah boleh diamalkan pada perkara-perkara tertentu yang mana terdapat dalil kuat yang menyokongnya. Tetapi apa yang berlaku mereka memberi rukhsah bersesuaian dengan kehendak pemerintah atas nama kemajuan dan kemodenan. Semua pebuatan mereka dianggap bersesuaian dengan peredaran zaman manakala hukum-hukum agama kebanyakan tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman ini. Inilah fitnah paling besar iaitu ramainya ulama' suu' yang memutar belitkan hukum agama untuk kepentingan duniawi. Semoga Allah Taa'la melindungi kita semua dari fitnah ini. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan