Blog pertama aku.. Dah 3 hari angah pergi ke Yaman.. Umi dan Kak Irah sedih sangat.. Biasalah berpisah dengan anak dan abang yang periang..Tapi aku tak tahu nak hiburkan dia orang.. Aku lelaki tak bolehlah nak tunjuk sedihkan.. Controllah sikit.. Apa2 pun aku taklah sedih sangat pasal angah nak sambung belajar (perkara kebaikan).. jadi doalah agar ilmu yang dia belajar nanti dapat bagi manfaat untuk dirinya dan dapat beri manfaat pada orang lain.. Kalau berpisah dengan perempuan yang kita kasihi, itu lain cerita.. tak tahu nak cakap.. hanya orang yang yang ada pasangan saja yang tahu..
Ke Sg Buloh dari Gombak.. kesunyian.. hendak mencari sedikit hiburan..
Di Kubu Gajah Sg Buloh.. ada jemaah dari Thailand keluar kt Masjid Jamiul Ehsan, Kubu Gajah.. Bagus juga kalau dapat nusrah jemaah ni.. sekurang-kurangnya taklah boring.. sepatutnya orang mukmin tak akan boring kerana Allah (zikrullah) ada dalam hati mereka.. tapi pasal aku belum tahap mukmin lagi.. masih orang Islam yang yang banyak melakukan maksiat padanya.. Insha Allah tak boring kerana ada program di Masjid.. malam ni pulak ada kenduri kat rumah Pak Talib..